Pemandu Proton Persona maut, kereta terbabas, langgar tiang SUKE dan terbakar

oleh SALINA JALIL|
Pemandu kereta Proton Persona maut selepas kenderaan itu melanggar tiang projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran stesen minyak di Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur awal pagi ini.

Malah, kereta dipandu lelaki berusia 37 tahun itu turut terbakar 20 peratus di bahagian enjin.

 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku dipercayai apabila dua kereta, Perodua Viva dan Proton Persona bergesel lalu terbabas dan melanggar tembok.

 

Menurutnya, dalam kejadian itu, seorang lelaki maut di lokasi kejadian selepas keretanya terbakar.

 

Sementara itu, Komander Operasi JBPM Kuala Lumpur Mohd Fakhrulsyakia Mamat berkata, bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.02 pagi.

 

Susulan itu katanya, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi bersama dengan kekuatan tujuh orang anggota bergegas ke lokasi.

 

Menurutnya, setibanya di lokasi, didapati berlaku kebakaran membabitkan sebuah kereta yang melanggar tiang projek pembinaan di lebih raya SUKE sebelum terbakar.

 

"Kebakaran berlaku di bahagian enjin dengan kemusnahan kebakaran dianggarkan 20 peratus.

 

"Terdapat seorang mangsa lelaki tersepit di bahagian pemandu, sebelum mangsa disahkan meninggal dunia oleh paramedik," katanya dalam kenyataan, hari ini .

 

Katanya, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

 

Operasi tamat sepenuhnya pada 6.28 pagi.

 

 

terbakar

 

 

astro awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Hasil siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Axia…
Berita Domestik
Kejadian berlaku pada Sabtu, kira-kira 11 malam di depan sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur…
Berita Domestik
  Kenderaan yang dipandu adalah pacuan empat roda jenis Mitsubishi itu terus dipandu sambil…