Pemandu Proton Saga sedang dikesan sebabkan kemalangan - tukar lorong secara tiba-tiba dan larikan diri

oleh SALINA JALIL|
-gambar dari sedutan video-
Seorang pemandu lori cedera selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta dipercayai Proton Saga di Melaka semalam.


Polis sedang mengesan pemandu kereta Proton Saga yang terbabit yang telah melarikan diri setelah berlaku kemalangan tersebut di mana penunggangnya cedera, dalam kejadian di Jalan Tun Abdul Razak - Lebuh Ayer Keroh pada jam 5.15 petang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Video kemalangan berdurasi 29 saat yang tular menunjukkan penunggang motosikal merempuh sebuah kereta selepas tidak sempat mengelak apabila kenderaan terbabit menukar lorong secara tiba-tiba.

 

Sejurus kemalangan, pemandu kereta terus memandu keretanya meninggalkan lokasi kejadian.

 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, sehingga 2.45 petang hari ini, pemandu kereta terbabit masih belum tampil membuat laporan.

 

"Bagaimanapun maklumat membabitkan penunggang motosikal berusia 27 tahun sudah kami peroleh dan dia cedera di punggung dan paha kiri akibat kemalangan itu.

 

"Usaha mengesan pemandu kereta terbabit sedang dijalankan dan kami meminta dia untuk tampil membantu siasatan.

 

"Kemalangan berlaku apabila pemandu kereta terbabit yang berada di lorong kanan mengubah haluan ke sebelah kiri dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya ketika dihubungi.

 

 

 

Harian Metro

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…