"Kejadian berlaku pada jam 5.40 petang Khamis apabila suspek gagal memberikan kerjasama untuk pemeriksaan dan melarikan diri.
"Ketika kejadian itu, suspek memandu kereta secara melawan arus dan melanggar beberapa kenderaan sebelum terbabas melanggar penghadang jalan.
"Lelaki warga tempatan berusia 26 tahun itu ditahan dan polis turut merampas sebilah parang panjang yang ditemui dalam kereta suspek," katanya menerusi kenyataan media, pada Sabtu.
Terdahulu, tular video berdurasi 38 saat memaparkan kereta peronda polis mengejar sebuah kereta.
Raub berkata, hasil semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai 23 rekod berkaitan kesalahan jenayah dan dadah.
Katanya, hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas suspek pula mendapati dia positif methamphetamine.
"Suspek ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas," katanya.