Pemandu Saga tertekan pedal rempuh stesen minyak, pemilik stesen rugi RM20,000

oleh SALINA JALIL|
Suasana di stesen minyak di Taman Rambai Utama di Melaka bertukar kecoh apabila sebuah kereta merempuh masuk ke dalam kedai serbaneka premis itu, malam tadi (Isnin).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu dipercayai berlaku selepas pemandu kereta jenis Proton Saga berusia 57 dipercayai telah tertekan pedal minyak secara tidak sengaja.

 

Pengurus Stesen Minyak Petronas Taman Rambai Utama, Hafizi Che Hussin ketika ditemui pemberita memberitahu, ketika kejadian tiga orang pekerjanya sedang bertugas di bahagian kaunter.

 

“Selain mereka ada dua pelanggan sedang berurusan di mesin pengeluaran automatik (ATM) dalam premis tersebut.

 

“Mujurlah kereta itu merempuh cermin di bahagian tengah, kalau tidak pastinya pelanggan itu mengalami kecederaan parah,” katanya.

 

Tambahnya lagi, dia juga lega apabila kesemua individu yang berada dalam premis terselamat, selain jumlah pengunjung yang tidak begitu ramai ketika kejadian.

 

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), sebelum kejadian lelaki berkenaan dilihat berada di pam untuk mengisi minyak, namun meletak semula nozel dan masuk ke dalam kereta dalam keadaan kaki kanannya di luar serta pintu kereta belum tertutup.

 

“Secara tiba-tiba, kereta itu terus memecut lalu merempuh cermin kaca kedai dan mengejutkan pekerja serta pelanggan yang berada dalam premis,” ujarnya yang berdepan kerugian sebanyak RM20,000.

 

Tambahnya lagi, selepas kejadian lelaki tersebut keluar dari kereta tanpa sebarang kecederaan dan mengamuk ketika cuba ditenangkan oleh orang ramai.

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit dalam kenyataan hari ini mengesahkan kejadian tersebut dan kes disiasat dibawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 

 

-KOSMO! ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki itu yang berada di pam nombor dua sedang membetulkan…
Berita Domestik
"Pemandu lori berusia 52 tahun itu kemudian turun daripada kenderaan tersebut dan menuju ke kaunter…
Berita Domestik
Shell Café menyediakan menu minuman menggunakan biji kopi gabungan Arabica dan Liberica, seperti…