Pemandu tak ada disiplin - sama bahaya dengan pemandu mabuk

oleh HEZERI SAMSURI|
Dalam masa kita sibuk berperang dengan pemandu-pemandu mabuk, tragedi akibat pemandu yang tidak berdisiplin saya kira masih menjadi punca utama kemalangan maut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Rakaman video dashcam oleh  Azka Akwa yang dalam perjalanan dari Tapah ke Cameron Highlands membuktikan bahawa pemandu-pemandu "samseng" ini memang mampu membunuh pengguna lain.

Pemandu Perodua Bezza yang dilihat di dalam video ini memotong di selekoh tajam. Walaupun tidak ada garisan berkembar, sesiapa yang biasa di laluan itu tahu ia penuh dengan selekoh buta (blind corners) di mana kita tidak akan dapat melihat kenderaan yang datang dari arah bertentangan.

Dengan hanya tebing bukit dan gaung di kiri dan kanan jalan, risiko semakin tinggi kerana tidak ada tempat untuk "melarikan" diri (run off area).

Dari pengamatan saya, pemandu-pemandu "berani mati" ini seperti sudah semakin ramai. Baik di laluan persekutuan sehingga ke lebuhraya bertol, pemandu-pemandu biadap ini sanggup memperjudikan nyawa pengguna lain kerana sifat tidak sabar mereka.

Adakah mencukupi jika pemandu-pemandu ini hanya diberikan saman?

Jika saya diberi kuasa, pemandu Bezza itu, jika benar beliau memotong secara membabi buta, patut digantung lesennya dan dimasukkan ke penjara.

Sudah tiba masanya hukuman yang lebih berat diperkenalkan untuk melindungi kita sekeluarga yang sentiasa patuh pada undang-undang.

Di bawah ialah video kemalangan di laluan Tapah ke Cameron Highland.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…