Ini adalah kali pertama kementerian tersebut memberikan kebenaran kepada pengusaha teksi untuk menolak pelanggan yang tidak memakai pelitup muka.
Sebelum ini, pemandu teksi hanya dibenarkan untuk menolak penumpang daripada menggunakan perkhidmatan tersebut apabila didapati melakukan kekasaran atau membawa masuk barangan berbahaya ke dalam kereta.
Langkah tersebut dibuat setelah terdapat beberapa kes di mana penumpang memasuki dan menggunakan perkhidmatan teksi tanpa memakai pelitup muka di tengah-tengah wabak pandemik yang masih belum reda di negara tersebut.
Dengan perubahan peraturan ini, para pemandu teksi boleh menolak mana-mana penumpang yang tidak mahu memakai pelitup muka tanpa memberikan alasan yang munasabah, seperti contoh memiliki penyakit tertentu.
Sumber: Nippon.com