Pemandu Tesla paling ramai disaman di Netherlands

oleh Mohamad Hanif|
Di Netherlands, terdapat peningkatan terhadap jumlah saman kelajuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa seiring dengan peningkatan jumlah kenderaan elektrik yang berdaftar di atas jalan raya.

Statistik yang dikeluarkan menunjukkan lebih daripada 66% pemandu kenderaan elektrik dan plug-in hybrid menerima surat saman akibat melebihi had laju manakala selebihnya merupakan para pemandu kenderaan berenjin petrol dan diesel.

Daripada jumlah 66% itu, 75% daripadanya atau lebih kurang 9,000 orang adalah terdiri daripada para pemandu Tesla, menjadikan para pemilik Tesla antara penyumbang terbesar saman di Netherlands. 

Memandangkan secara teorinya, kenderaan elektrik mampu mencapai kelajuan yang tinggi dalam masa yang singkat, membolehkan ia bergerak lebih laju di atas jalan raya berbanding kenderaan enjin konvensional.
 


Tambahan pula, ia tidak menghasilkan sebarang bunyi bising mekanikal menjadikan para pemandu kenderaan elektrik tersebut tidak sedar mereka telah memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan - Electrek

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak berkata, antara cadangan pindaan itu…
Berita Domestik
  "Saman dikeluarkan di bawah Rule 10 LN 166/59 iaitu kesalahan lalai mengawal pergerakan…
Berita Domestik
Difahamkan, lelaki berusia 20-an berkenaan ditahan ketika sedang memandu kenderaan jenis Audi kira-…