Pemandu tesla tertidur di lebuhraya Autobahn, sistem Autopilot pandu selama 15 minit

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Pada 29 Disember 2022, satu lagi kejadian melibatkan ciri Autopilot pada Tesla berlaku di lebuhraya Autobahn, German yang melibatkan seorang lelaki berusia 45 tahun.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pegawai polis yang sedang memandu kereta peronda di A70 Autobahn menyedari bahawa seorang lelaki di dalam Tesla telah tertidur dengan sistem Autopilot diaktifkan menuju ke arah Bayreuth dari Bamberg.

Pegawai polis itu menyedari bahawa Tesla tersebut mengekalkan jarak yang sama dari kereta peronda pada persimpangan Viereth-Trunstadt ke persimpangan Bamberg-Hafen dengan kelajuan 110 kmj.

Setelah pegawai polis mendekati Tesla tersebut, mereka mendapati bahawa pemandu itu sedang tidur dengan kedudukan kerusi bersandar ke belakang sambil dipandu oleh sistem Autopilot.

 

x

 

Pegawai polis terus mengikuti Tesla tersebut selama 15 minit sehingga akhirnya pemandu tersebut terjaga dari tidur dan diarahkan berhenti.

Selepas Tesla itu ditahan dan keluar dari kereta, polis mendapati pemandu tersebut menunjukkan "keabnormalan tipikal dadah" semasa pemeriksaan.

Bukan itu sahaja, polis turut mengesan sejenis peranti pada bahagian kaki yang dikenali sebagai pemberat roda stereng, ianya dipercayai berfungsi untuk menipu sistem keselamatan Tesla supaya berfikir bahawa tangan pemandu berada di stereng semasa Autopilot diaktifkan.

Pejabat Pendakwa Raya Bamberg dilaporkan telah menyiasat pemandu Tesla tersebut atas kesalahan membahayakan lalu lintas jalan raya, pemandu itu juga tidak lagi dibenarkan memandu sehingga keputusan mahkamah selesai.

 

Sumber: insideevs

 

Berita Berkenaan

Uncategorized
Tesla telah memilih Kuantan, Pahang sebagai salah satu lokasi pengecasan EV pertamanya di Pantai…
Berita Domestik
Tesla bekerjasama dengan Gamuda Land untuk membangunkan kawasan perlindungan alam semula jadi,…
Berita Global
Tesla mengatakan melalui laman webnya, ia akan meningkatkan harga untuk semua kereta Model Y di…