Pemandu Toyota Avanza mabuk, rempuh dan seret motosikal sejauh 1.5km ditahan

oleh SALINA JALIL|
Seorang pekerja kilang, Muhammad Akmal Hakim, maut dirempuh dari arah belakang sebelum motosikal beliau diseret kira-kira 1.5 kilometer oleh kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu seorang lelaki mabuk dalam kejadian di Jalan Sungai Lembing, dekat Kuantan, awal pagi semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Mangsa berusia 22 tahun yang bekerja di sebuah kilang di kawasan perindustrian Gebeng, di sini, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan pada bahagian kepala.

 

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 1 pagi ketika mangsa dalam perjalanan dari arah pusat bandar menghala ke rumah ahli keluarganya di Kampung Padang.

 

“Pemandu MPV Toyota Avanza itu dipercayai memandu dalam keadaan laju sebelum merempuh motosikal dinaiki mangsa mengakibatkan mangsa terpelanting ke cermin hadapan kenderaan suspek.

 

“Suspek berusia 26 tahun itu kemudiannya menyeret motosikal mangsa dari jenis Honda EX5 dan terus memandu sejauh kira-kira 1.5 kilometer sebelum berhenti di hadapan rumah ahli keluarganya,” katanya dalam sidang akhbar.

 

"Mayat mangsa ditemui terbaring di atas jalan oleh pengguna jalan raya sebelum kejadian dilaporkan kepada pihak polis." 

 

Katanya, hasil ujian kandungan alkohol suspek yang tidak bekerja itu juga menunjukkan ia melebihi had yang dibenarkan ketika memandu.

 

“Suspek kini direman sehingga 4 Mac ini dan kes disiasat dibawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang sepuluh tahun dan denda tidak kurang daripada RM50,000 dan tidak lebih RM100,000.

 

“Bedah siasat mangsa akan dijalankan selepas keputusan ujian calitan Covid-19 diperolehi,” katanya.

 

Katanya, semakan ke atas kenderaan dipandu suspek juga mendapati kenderaan itu mempunyai lima saman tertunggak membabitkan kesalahan memandu melebihi had laju. 

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dia didakwa memandu kereta BMW dalam keadaan paras alkohol di dalam badannya melebihi had…
Berita Global
Menurut Rang Undang-undang Rumah “House Bill” 393, pemandu mabuk yang disabitkan dengan pembunuhan…
Berita Global
Difahamkan, kemalangan ngeri itu berlaku di Bellevue, Washington pada 30 September sekitar jam 4.00…