Pemandu Treler Didakwa Sebabkan 4 Sekeluarga Maut Kemalangan

oleh Penyumbang Rencana 2|
SEORANG seorang pemandu treler didakwa Mahkamah Majistret Sungai Siput hari ini atas empat pertuduhan memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian empat sekeluarga termasuk seorang anggota polis khamis lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Y. Vethri Vel, 26 tahun yang tidak memahami pertuduhan selepas dibacakan jurubahasa di hadapan majistret Norhabsarina Ayob.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memandu treler bernombor pendaftaran WUA 5761 dan T/BD6993 di Kilometer 37 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar secara melulu hingga menyebabkan kematian empat individu pada pukul 10.20 malam, 13 Februari lalu.

Vethri Vel yang masih bujang didakwa menyebabkan kematian Mohamad Faiz Bakhari, 28, Nik Iedayu Nik Hassan, 30, Nik Ifeka Nik Hassan, 27 dan seorang layi Lelaki, Mohamad Faqih Irsyad Mohamad Faiz.

Tertuduh yang berasal dari Kedah dia didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM20,000 jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Jean Siow Chung Hwei menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin untuk setiap pertuduhan.

Bagaimanapun Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Norlida Ishak yang mewakili tertuduh memohon agar jaminan dikurangkan memandangkan tertuduh menyara kedua ibu bapanya selain tiga adik termasuk seorang yang masih bersekolah.

Majistret Norhabsarina kemudiannnya menetapkan tertuduh diikat jamin RM40,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Mac depan untuk sebutan semula kes dan melantik seorang jurubahasa.

 

 

Sebelum ini, media melaporkan empat sekeluarga termasuk seorang bayi lelaki berumur 16 bulan maut selepas sebuah treler yang membawa muatan bahan binaan telah terbabas sebelum memasuki jalan bertentangan lalu menghempap kereta jenis Proton Saga BLM yang dinaiki kesemua mangsa.

Kemalangan itu turut menyebabkan seorang lagi anak sulung pasangan suami isteri yang maut, iaitu Mohamad Fariz Iskandar, berumur tiga tahun sebulan mengalami kecederaan parah dan dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di Ipoh.

Penulis: Hamimah Hamid & Mohd UmzarulFaiz Umar 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Katanya, sebanyak tujuh anggota serta dua jentera keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata dua mangsa yang…
Berita Domestik
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi itu, mangsa yang berusia 49 tahun cedera di bahagian…