Timbalan Ketua Polis Daerah Muallim, Deputi Superintenden Suhaimi Muhammad berkata, pemandu treler, Rajakumar, 41 tahun yang memandu dari arah Simpang Pulai menghala ke Johor Bharu maut dilokasi kejadian.
Katanya, mangsa yang cedera pula ialah Mohamad Shahmi Azmi dan Muhamad Hanafi Bin Jamal masing-masing berusia 29,
Muhamad Faizal Bin Mohd Yusuf , 33; Tengku Hafizuddin Bin Tengku Zainol Abidin, 36 dan Mohamad Ashari Bin Mohamad Asri, 37 tahun.
Katanya, siasatan awal mendapati treler terbabit yang berada di lorong kiri hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang lori Isuzu menyebabkan lori itu melungsur dan melanggar bahagian belakang MPV Toyota Unser yang berada di lorong yang sama.
"Treler tersebut kemudian melanggar belakang sisi kanan lori Mitsubishi Fuso yang berada di lorong kiri dan sisi kiri lori Volvo yang berada di lorong kanan.
"Kemalangan meyebabkan pemandu treler tersepit dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pembantu perubatan Hospital Slim River,”katanya.
Suhaimi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987