Pemandu Vios terbabas, rempuh pagar istana

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Sinar Harian
Sebuah kereta jenis Toyota Vios dipandu seorang lelaki terbabas sehingga merempuh pagar Istana Besar di Johor Bahru, petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, pemandu kereta berusia 25 tahun yang memandu berseorangan terbabas akibat permukaan jalan yang licin.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

"Kereta dipandu lelaki itu terbabas sendiri tanpa membabitkan kenderaan lain.

"Kita juga mendapati, pemandu kereta itu tidak berada dalam keadaan mabuk dan ujian saringan air kencing juga negatif dadah," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata, tiada kecederaan dialami pemandu terbabit dan lelaki itu sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah kereta Toyota Vios mengalami kemalangan sehingga merempuh pagar istana berkenaan.

Pagar istana itu dilihat mengalami kerosakan.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Laporan dari Sinar Harian berkata maklumat kemalangan maut diterima pada jam 2.29 petang yang…
Berita Domestik
Timbalan Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Shamzury Saman berkata, polis menerima…
Berita Domestik
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, siasatan mendapati…