Pemandu Volkswagen Golf GTI klon didakwa

oleh SALINA JALIL|
Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas kesalahan memandu Volkswagen Golf GTI klon yang tidak didaftarkan, lima tahun lalu.


Tertuduh, Mohd. Tariq Iqram Mohd. Taqiyuddin, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Faizah Abdul Sani.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

 

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang merupakan pemandu Volkswagen Golf GTI didakwa telah memandu kenderaan tersebut yang tidak didaftarkan di hadapan sebuah restoran di Seksyen 13, di sini pada pukul 8.45 malam, 8 Jun 2016.

 

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 7(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 7(3), akta yang sama.

 

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum denda sehingga RM10,000.

 

Timbalan Pendakwa Raya, P. Reetha mencadangkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin namun peguam bela, Datuk Taqiyuddin Yahya memohon jumlah lebih rendah iaitu RM3,000 memandangkan ibu tertuduh yang akan menjaminnya hanya seorang suri rumah.

 

Taqiyuddin sebelum itu turut memohon agar waran tangkap yang dikeluarkan terhadap tertuduh dibatalkan memandangkan dia hadir ke mahkamah semalam.

 

Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM2,000 dan kes ditetapkan untuk sebutan pada 13 Disember hadapan.

 

Waran tangkap terhadap tertuduh juga dibatalkan.

 

 

- UTUSAN ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Global
  Kuasa? Enjin EA888 LK3 evo4 2.0 liter turbo menghasilkan 300 ps dengan daya kilas 400Nm dan…
Berita Global
Ia bukan sahaja membawakan perubahan bersifat kosmetik luar dan dalam, akan tetapi turut membawakan…
Berita Global
Volkswagen baru-baru ini mengumumkan model baharu Golf GTI 380 2024 yang merangkap model terakhir…