Difahamkan, trak pikap tersebut telah diubah suai dengan sistem suspensi yang ditinggikan, sekali gus menyukarkan pemandu untuk melihat kereta sport yang lebih rendah di hadapannya.
Akibat pelanggaran itu, trak berkenaan naik ke atas Lamborghini, menyebabkan bahagian hadapan kenderaan mewah tersebut mengalami kerosakan teruk.
Rakaman video yang dimuat naik di Instagram menunjukkan pemandu trak berkenaan keluar dari kenderaan sambil memegang kepala, dipercayai terkejut dengan kejadian yang berlaku. Tiada kecederaan dilaporkan.
Ferrer, yang sebelum ini menyifatkan Lamborghini tersebut sebagai kereta idamannya, turut berkongsi rakaman insiden berkenaan di media sosial.
“Hari ini saya seolah-olah diberi peluang kedua. Terima kasih Tuhan atas satu lagi hari dan peluang. Harta benda bukan keutamaan, keselamatan diri adalah paling penting,” katanya.
Video kejadian di sini: https://youtube.com/shorts/v9dGraifkX8?si=4IBB9BryZjjoG9Ip