Pemandu wanita Toyota Fortuner, pembuli jalanan ditahan! (video di bawah)

oleh Penyumbang Rencana|
Polis mengesan satu rakaman video tular memaparkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Fortuner yang dipandu secara berbahaya bukan sahaja kepada dirinya tetapi pemandu lain di Johor Bahru.


Berdasarkan rakaman video tersebut, pihak polis telah menahan seorang pemandu wanita ditahan kerana dipercayai bersikap 'road bully' atau membuli di jalan raya!


Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, pemandu wanita berusia 40 tahun itu ditahan pada pukul 8.33 malam Jumaat lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Raub turut berkata, "siasatan mendapati suspek sengaja memberhentikan kenderaan secara mengejut, menyebabkan kereta jenis Perodua Axia di belakang turut berhenti secara mengejut sehingga hampir dirempuh treler.” 

 

Walaubagaimana pun ujian air kencing mendapati suspek bebas daripada sebarangan pemngambilan bahan terlarang mahupun pengaruh alkohol.

 

Polis turut menyita Toyota Fortuner yang digunakan wanita berkenaan dalam kejadian tersebut tetapi dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil sementara menunggu hasil siasatan dilengkapkan.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

- Jalanraya adalah milik bersama, bukan milik anda seorang sahaja! -

 

Video di bawah:

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, permohonan reman suspek dibuat di Mahkamah Majistret Sepang bermula pada Selasa hingga…
Berita Domestik
Menurut komen, kejadian tersebut berlaku di laluan Cameron Highlands turun menghala ke Tapah.…
Berita Domestik
  Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didapati menakutkan secara jenayah hendak menyebabkan…