Pemandu wanita warga Vietnam didakwa pandu mabuk langgar mati pelajar

oleh Penyumbang Rencana|
foto FMT
Seorang wanita warga Vietnam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret George town atas dua pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian seorang remaja lelaki dan mencederakan seorang lagi, bulan lalu.

Tertuduh, Nguyen Thi Kim Oanh, 40, membuat pengakuan itu sebaik kedua-dua pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi pada Khamis.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa memandu kereta jenis Honda Jazz atas pengaruh minuman memabukkan hingga tidak berdaya mengawal kenderaan itu dengan sepatutnya sehingga menyebabkan kematian mangsa, Thomas Ch’ng Kai Hen, 18, di Jalan Jelutong, kira-kira jam 9.48 malam pada 19 Feb lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2000) yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun hingga 15 tahun dan denda tidak kurang RM50,000 atau tidak lebih RM100,000, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa atas kesalahan sama sehingga menyebabkan kecederaan seorang lagi mangsa, Ooi Qi Heng, 18, di lokasi serta waktu sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 44(1A)(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman tidak kurang tempoh tujuh atau maksimum 10 tahun dan denda minimum RM30,000 atau tidak lebih RM50,000, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin warga tempatan serta memerintahkan pasportnya diserahkan kepada mahkamah selain lesen memandunya digantung sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 21 April 2025 sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.

 

MalaysiaKini

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mengikut pertuduhan, lelaki itu sebagai pemandu kereta jenis Honda Jazz dituduh memandu secara…
Berita Domestik
"Kami masih belum berkesempatan ambil keterangan pemandu Honda Jazz terbabit kerana dia masih…
Berita Domestik
"Kita sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai kes ini, bagi mereka yang ada rakaman kamera…