Beliau berkata, pemandu Suzuki terbabit dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas dan melanggar dinding restoran, kerusi serta meja.
“Ketika cuba mengundurkan kenderaan keluar, dia kemudian melanggar Honda HR-V yang sedang diparkir di lokasi kejadian.
Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.
Raub berkata, pihaknya mengesan satu video tular di media sosial mengenai kejadian itu kira-kira 2 petang Sabtu.
Suspek telah ditahan dan diuji menggunakan alat pengesan alkohol.
“Ketika ujian kali kedua, dia enggan memberi kerjasama, menyebabkan polis membawanya ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di Johor Bahru, untuk pengambilan sampel toksikologi bagi mengesan paras mabuk,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.