Pemanduan di bawah pengaruh alkohol 13 kali lebih bahaya - kajian MIROS

oleh Mohamad Hanif|
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), pemanduan di bawah pengaruh alkohol adalah 13 kali lebih berisiko menyebabkan kemalangan berbanding pemanduan bebas alkohol.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini turut diperkuatkan lagi dengan statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia tahun 2017 dan 2019 di mana sebanyak 212 dan 191 kes kemalangan disebabkan oleh pemanduan positif alkohol. Dan daripada bulangan ini, sebanyak 58 dan 54 jumlah kematian direkodkan, sekitar 0.85 peratus daripada keseluruhan statistik kematian jalan raya di Malaysia.

Keprihatinan kerajaan terhadap isu ini telah dinyatakan oleh YB Menteri pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong di dalam kenyataan beliau kepada media untuk membuat penelitian terhadap beberapa seksyen di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi memperketatkan peruntukan perundangan sedia ada di dalam memastikan keselamatan jalan raya di negara ini dapat dipertingkatkan.

Dalam perkembangan yang sama, MIROS mengesyorkan agar kerajaan mewajibkan penjual alkohol atau pusat hiburan menyediakan kemudahan pemandu upahan atau ‘designated driver’ sebagai salah satu syarat wajib pelesenan premis perniagaan bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya kepada pemandu dan pengguna jalan raya yang lain.

Amalan ini bukan baharu malah beberapa negara membangun seperti juga menggunapakai kaedah ini, iaitu Australia dan Jepun yang telah memperlihatkan kadar penurunan kemalangan jalan raya yang melibatkan pemandu di bawah pengaruh alkohol.

Selain daripada itu, kadar saman sedia ada adalah dicadangkan disemak semula dan dinaikkan kepada satu jumlah yang jauh lebih tinggi bagi mendidik pengguna jalan raya terhadap keseriusan akibat kesalahan tersebut yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa kepada pengguna jalan raya yang lain.

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia bersama Kementerian Pengangkutan dan semua pihak berkepentingan termasuk Kementerian Kesihatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Pengangkutan Jalan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Peguam Negara adalah di dalam penelitian bagi mengatasi masalah ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Statistik yang dikeluarkan oleh PDRM pula menunjukkan sebanyak 21 kes kemalangan melibatkan pemandu…
Berita Domestik
Pengarah Jabatan Penguatkuasaan dan Lalulintas Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, operasi…
Berita Domestik
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata PDRM berpendirian hukuman sedia ada perlu…