Pembangunan generasi baharu Toyota GT86/Subaru BRZ dihentikan?

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Para peminat Three Brothers daripada Toyota mungkin akan sedikit kecewa apabila terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa Toyota GT86 (atau Subaru BRZ) dikhabarkan tidak akan mendapat model pengganti, seperti mana yang telah dirancangkan sebelum ini. 

Rakan media Japanese Nostalgic Car memetik laporan yang dikeluarkan oleh tabloid automotif Best Car di mana kedua-dua syarikat Toyota dan Subaru dikatakan telah berhenti bekerjasama dan membuat keputusan untuk mengambil jalan yang berasingan. 

Berita ini kedengaran seperti satu kebetulan setelah Toyota turut mengumumkan kehadiran model A90 Supra yang akan menggunakan enjin empat silinder sebaris daripada BMW yang menghasilkan 194 kuasa kuda untuk pasaran Jepun. 

Dengan tiada sebarang perbezaan ketara di antara Toyota GT86 dan Supra inline-four, ia menyukarkan proses merealisasikan impian trio kereta sports yang diharapkan oleh Akio Toyoda, atau Three Brothers daripada Toyota itu sendiri. 
 


Dalam satu perkembangan yang lain, Subaru tidak melihat pemberhentian kerjasama ini sebagai satu langkah yang sama untuk model generasi terbaharu BRZ. 

Menurut wakil daripada Subaru Amerika Utara, "(Subaru BRZ) sudah menjadi salah satu model yang terbaik untuk jenama ini, terutama daripada perspektif prestasi dan kami merasakan ia masih lagi perlu diteruskan.

"Sebagai konklusinya, Subaru BRZ masih akan diteruskan!"

Sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh mana-mana pihak berhubung 'hukuman mati' ke atas GT86/BRZ ini. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Terdapat lima pakej yang ditawarkan di bawah program tersebut, memfokuskan kepada trenkuasa,…
Berita Global
Ini adalah berdasarkan video trailer keempat yang baharu sahaja disiarkan di saluran rasmi Youtube…
Berita Global
Berita baik buat mereka yang mencari nadi Honda yang lebih berkuasa, Kpower Industries kini…