Sebanyak 112 unit sahaja yang diproduksikan, dan seperti yang dijangka kesemua unit tersebut telah pun dimiliki sebelum sempat Lamborghini memperkenalkannya kepada umum.
Apa yang lebih menarik lagi menurut Lamborghini, kebanyakan tempahan datang dari pihak yang sudah pun memiliki sebuah Lamborghini Countach yang asli.

Dan bila bercakap tentang Lamborghini, sudah pasti setiap satu unit yang keluar dari barisan produksi tidak akan memiliki spesifikasi yang sama seperti kereta-kereta yang lain disebabkan terlalu banyak opsyen dan penyesuaian yang ditawarkan oleh Lamborghini.
Tinggal tabur duit sahaja.

Sebagai makluman, kesemua 112 unit Lamborghini Countach LPI 800-4 datang dengan trenkuasa hibrid 6.5 liter V12 yang diperoleh daripada model Sian, namun dengan talaan kuasa 803 kuasa kuda, sistem pacuan semua roda dan pecutan 0-100 km/j dalam masa 2.8 saat sahaja.
Baca: Lamborghini Countach LPI 800-4
Baca: Pereka asal tak iktiraf rekaan Countach moden
Baca: Lamborghini Countach 'The Cannonball Run'
Baca: Lamborghini Countach LP 500 - Supercar Lagenda kembali
Baca: Lamborghini Countach LP 500 diuji di litar