Pembeli Land Cruiser 2022 tidak dibenarkan jual semula SUV mereka dalam tempoh setahun

oleh Mohamad Hanif|
Di Jepun, Toyota berjaya mencatatkan lebih daripada 22,000 unit tempahan bagi generasi baharu SUV off-road Toyota Land Cruiser 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, disebalik sambutan yang cukup hangat itu Toyota telah mengenakan satu syarat ketat untuk setiap pembeli, di mana mereka tidak dibenarkan untuk menjual semula kenderaan mereka untuk tempoh setahun.

Menurut laman web Creative311, setiap pemilik dikatakan perlu menandatangani perjanjian untuk tidak menjual semula kenderaan mereka selepas 12 bulan tarikh penghantaran Land Cruiser, atau mereka tidak akan dibenarkan untuk membeli kereta Toyota baharu.

Kenapa Toyota mengambil langkah tersebut?

Salah satu daripadanya adalah untuk mengelakkan para pelanggan mengambil kesempatan mengutip keuntungan berganda disebabkan kepopularitian SUV itu.

Disebabkan itu juga Toyota mengehadkan unit yang boleh dibeli oleh seseorang pelanggan bagi memastikan setiap orang mendapat peluang yang sama untuk memiliki SUV tersebut.

 

Hilux


Namun, Toyota juga turut melahirkan kebimbangan unit baharu SUV itu akan jatuh di tangan mereka yang tidak bertanggungjawab dan ini berkemungkinan besar mampu menjurus ke arah ancaman keselamatan di peringkat global.

Kebimbangan Toyota itu ada asasnya, memandangkan sebelum ini jenama tersebut pernah 'dikaitkan' dengan kumpulan pengganas yang gemar menggunakan kenderaan seperti Land Cruiser (generasi lama) dan Hilux disebabkan ia tahan lasak, dan boleh dipercayai.

Disebabkan itu juga, Toyota mahukan setiap pembeli Land Cruiser mengesahkan pembelian tersebut bukanlah untuk tujuan 'eksport' atau 'jual semula'.

Baca: Toyota Land Cruiser 2022


Sumber: Creative311

Berita Berkenaan

Berita Global
Di Australia, syarikat Creative Conversions kini menawarkan pakej modifikasi Land Cruiser 300…
Berita Global
Majlis penyerahan unit pertama itu dianjurkan sendiri oleh pengedar rasmi kenderaan berjenama…