Pembeli menipu urusan jual beli Jaguar XF RM90,000 ditahan

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Seorang lelaki yang menyamar sebagai seorang pembeli disyaki memperdayakan seorang doktor dalam urusan jual beli kereta Jaguar XF bernilai RM90,000 ditahan polis.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa yang berusia 55 tahun berada di rumahnya di Kampung Tunku di sini, bertemu dengan suspek berusia 42 tahun untuk urusan jual beli kereta itu pada 5 petang Ahad lalu.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurutnya, mangsa dikatakan menandatangani beberapa surat perjanjian sebelum menyerahkan kereta miliknya kepada suspek.

 

"Pada 5.30 petang hari sama, suspek menghantar mesej melalui WhatsApp kepada mangsa dan memaklumkan pembayaran sebanyak RM90,000.00 sudah dibuat sebanyak dua kali transaksi ke dalam akaun bank mangsa.

 

"Selepas disemak, mangsa mendapati tiada kemasukan wang ke akaun banknya seperti yang dimaklumkan lelaki itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Mohamad Fakhrudin berkata, berikutan itu mangsa membuat laporan sebelum sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menahan suspek dan merampas kereta terbabit.

 

"Semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai 58 rekod termasuk menipu, mencuri, sengaja menyebabkan kecederaan dan ugutan jenayah.

 

"Suspek direman selama tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Global
Statistik jualan bagaimanapun menunjukkan bahawa jualan EV sebenarnya meningkat untuk suku pertama…
Berita Domestik
Firma itu mengekalkan saranan 'overweight' terhadap sektor automotif dan unjuran jumlah jualan…
Informasi
“Peraturan sedia ada memperuntukkan seseorang itu perlu ada lesen memandu yang sah di jalan raya,…