Pembelian pesawat Boeing membazir duit cukai rakyat? Ini jawapan Tengku Zafrul

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Pembelian pesawat Boeing sebenarnya adalah keputusan perniagaan strategik oleh Malaysia Aviation Group (MAG).

Dan ia dibiayai menggunakan dana syarikat bukan duit cukai rakyat!” tegas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Rancangan pembelian ini telah diumumkan seawal Mac 2025 lagi, masa itu Presiden (Donald) Trump belum umumkan tarif lagi! Tak percaya? Boleh tengok headline yang saya share sini!” katanya dalam media sosial beliau sendiri pada Sabtu.

keratan
keratan akhbar pada 21 Mac 2025

Beliau turut memuatnaik laporan media bertajuk Malaysia Aviation Group tempah 30 pesawat Boeing, pilihan tambah pesawat pada 21 Mac 2025.

“Jadi, apa kaitan pembelian ini dengan rundingan tarif? Apabila Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif, ia sebahagiannya disebabkan oleh defisit dagangan.

“Maksudnya, kita jual lebih banyak barangan ke AS berbanding membeli barang dari AS, jadi AS cuba nak kurangkan defisit ini dengan mengenakan tarif yang tinggi, 25%.

“Kita ambil peluang ini dengan menyenaraikan semua pembelian besar yang dirancang oleh syarikat-syarikat Malaysia dari AS, termasuk pesanan pesawat Boeing ini. Bukan kita beli semata-mata sebab nak kurangkan tarif!” tegasnya.

Pendekatan itu,katanya, menunjukkan kepada AS bahawa kita juga pembeli besar produk mereka dan akhirnya meyakinkan mereka untuk menurunkan tarif eksport kita dari 25% kepada 19%.

“Strategi bijak ini adalah hasil perundingan yang teliti, memastikan kepentingan syarikat dan negara terpelihara,” katanya lagi.

 

Facebook Tengku Zafrul

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Katanya, Malaysia dan dan Kuwait secara dasarnya sudah bersetuju dengan pembelian berkenaan namun…
Berita Domestik
Kenderaan jenis ini sesuai digunakan di kaasan sukar dilalui kenderaan besar seperti lokasi…
Berita Domestik
"Indonesia merupakan satu-satunya negara (Asean) yang telah memperkenalkan subsidi untuk EV bagi…