Pembentung runtuh, Jalan KK-Sandakan terputus hubungan

oleh Mohamad Hanif|
Jalan Kota Kinabalu-Sandakan di kawasan Ranau ditutup sementara kerana kegagalan pembentung yang runtuh dan jalan terputus akibat hujan lebat berterusan sepanjang hari ini, menurut laporan Bernama.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah dalam kenyataan malam ini memaklumkan, kejadian kegagalan pembentung di kawasan KM 109.378, Ranau itu membahayakan laluan tersebut dan tidak boleh dilalui sebarang jenis kenderaan.

“Pengguna jalan raya boleh melalui laluan alternatif melalui Jalan Sinarut Baru Togudon Baru namun hanya untuk dilalui kenderaan kecil,” menurut kenyataan itu malam ini.
 

jalan putus


Menurut kenyataan itu, semua pengguna jalan raya dimohon untuk mematuhi arahan dan papan tanda keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Jalan Kota Kinabalu-Sandakan adalah antara jalan utama menghubungkan Pantai Barat dan Timur negeri ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat pada 8.35 malam ini untuk beberapa kawasan antaranya di Pantai Barat Sabah melibatkan daerah Ranau, Tuaran dan Kota Belud hingga 1 pagi ini.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia adalah berikutan berlakunya hakisan tanah serta kegagalan cerun di kawasan tersebut yang…
Informasi
    "Selain itu, DBKL menerusi Unit Cerunnya sedang giat memantau lokasi berisiko tinggi…
Informasi
  Menurutnya ia akan melibatkan penilaian kos bagi membaik pulih tanah di tebing Sungai Enggor…