Pemberian insentif untuk rancakkan industri automotif negara - MARii

oleh Mohamad Hanif|
Kesan daripada wabak pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedikit sebanyak memberikan impak yang mendalam terhadap industri automotif negara, yang kini terdiri daripada 27 syarikat OEM, 641 syarikat pembekal komponen dan alat ganti serta 700,000 tenaga pekerja.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Berdasarkan kajian daripada MARii, penutupan kilang pengeluaran, pembekal, pusat servis dan pusat pengedaran memberikan kesan penurunan sebanyak 28 peratus kepada jumlah keseluruhan industri sekiranya tiada sebarang langkah pencegahan diambil.

Malah, menurut CEO MARii, Dato' Madani Sahari berkata, untuk memastikan kemampanan industri menjelang akhir tahun 2020, jumlah keseluruhan industri (TIV) perlulah sekurang-kurangnya mencapai 500,000 unit.

 


"Tahun 2020 kini bukan lagi tahun keuntungan bagi sektor automotif, akan tetapi tahun untuk bertahan," jelas beliau lagi.

"Adalah difahami bahawa sentimen pelanggan masih lagi ditahap berwaspada akibat keadaan semasa, kita juga harus faham bahawa tahap kelestarian ekonomi bergantung kepada perbelanjaan daripada pengguna.

Beliau turut memberikan contoh di mana pemberian pengecualian cukai seperti yang dilaksanakan sebelum ini berjaya meningkatkan jumlah jualan kenderaan sebanyak 3.8 peratus.

Menurut Dato' Madani lagi, pemberian cukai yang inovatif boleh diperkenalkan bagi merendahkan komitmen pembeli untuk memiliki kenderaan, seperti pengecualian pembayaran muka (pinjaman 100 peratus), mengurangkan kadar faedah, dan pemberian subsidi antara pengeluar dan kerajaan terhadap cukai jalan dan insurans untuk tempoh terhad.

Kesan daripada insentif ini akan merendahkan bebanan di dalam pemilikan kenderaan, namun tidak memberikan kesan kepada kuasa pembelian di mana terdapat perbezaan yang kecil antara jumlah pembayaran bulanan untuk mana-mana segmen.

 


"Sebagai contoh, kenderaan bernilai RM60 ribu dengan bayaran muka 10 peratus akan memerlukan pemilik membayar bulanan sebanyak RM644 sekiranya kadar faedah ditetapkan pada 3.2 peratus.

"Namun, dengan bayaran muka dikecualikan dan pengurangan kadar faedah kepada 2.5 peratus, pembeli hanya perlu membayar bulanan sekitar RM680 sahaja, dan ketiadaan pembayaran muka itu tadi tidak menjadi penghalang pengguna untuk membuat pembelian.

"Malah, dengan kereta baharu, kadar penyelenggaraan juga lebih rendah sementara institusi perbankan juga boleh memastikan perkhidmatannya digunakan sepanjang tempoh tersebut," ujarnya lagi.

Selain daripada itu, beberapa mekanisme lain boleh diperkenalkan seperti "pemilikan berasaskan langganan" di mana sesebuah kereta baharu disewa berdasarkan syarat tertentu sebelum pemilikan diserahkan kepada pengguna.

Untuk pemilik kenderaan lama, insentif pelupusan kereta boleh ditawarkan sebagai opsyen bagi memastikan setiap pengguna menikmati pemilikan kenderaan baharu yang lebih moden dan selamat untuk kegunaan harian.

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Bukan rahsia lagi bahawa kerajaan Hong Kong benar-benar mendorong penjualan EV dengan memberikan…
Berita Global
Jumlah subsidi sebenar akan bergantung kepada kadar pelepasan karbon, yang termasuk ketika…
Berita Domestik
"Kita faham buat masa ini harga tiket penerbangan tinggi dan antara faktor peningkatan ini adalah…