Pembiayaan sehingga 100 peratus untuk Toyota dan Lexus dari Bank Rakyat

oleh SALINA JALIL|
Sekiranya anda merancang untuk membeli kereta Toyota atau Lexus baharu, inilah masanya!


Promosi terbaharu adalah dari Bank Rakyat yang menawarkan pakej pembiayaan 100 peratus untuk warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 65 tahun untuk kenderaan dari UMW Toyota

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Pakej pembiayaan Islamik ini boleh didapati dengan dua pilihan pembiayaan iaitu An Naqlu 1 yang menawarkan sehingga 90 peratus pembiayaan mengikut konsep Shariah Al Ijarah Thumma Al-Bai’ (AITAB).

 

Atau pilihan kedua adalah An Naqlu 2 yang menawarkan pembiayaan sehingga 100 peratus berdasarkan konsep Tawarruq.

 

Untuk kedua-dua pakej ini, pelanggan boleh membuat pembayaran semula dalam antara 4 hingga 9 tahun.

 

Pelanggan yang berusia antara 18 hingga 60 tahun boleh memiliki kereta Toyota atau Lexus baharu tanpa perlu membuat bayaran pendahuluan di bawah skim An Naqlu 2.

 

Terbaik bukan tawaran dari Bank Rakyat dan UMW Toyota ini, jadi apa lagi yang anda tunggu?

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, menzahirkan kepuasannya dengan prestasi 2023, di mana kejayaan…
Uncategorized
Pada tahun ini, sebanyak 15 sekolah menengah di seluruh negara mengambil bahagian, yang diwakili…
Telah Diuji
bZ yang bermaksud Beyond Zero (pengeluaran asap sifar) sebenarnya dihasilkan sebagai projek usahama…