Pembinaan ECRL Negeri Sembilan bermula suku ketiga tahun ini

oleh Mohamad Hanif|
Pembinaan projek jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Negeri Sembilan akan bermula pada suku ketiga tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, proses berkenaan akan bermula di tanah kerajaan terlebih dahulu, sebelum diluaskan ke tanah milik persendirian.

Menurutnya, mana-mana tanah milik persendirian akan melalui proses pengambilan tanah terlebih dahulu sehingga selesai, sebelum kerja ECRL ini dimulakan.

"Sebanyak 4,749 lot tanah di Negeri Sembilan akan terlibat dengan proses pengambilan tanah, namun jumlah itu dijangka akan berkurang apabila kerja-kerja akhir dilaksanakan nanti.

"Setakat ini kita masih lagi mengenalpasti kawasan yang akan diambil, dan kerja-kerja masih lagi dalam proses akhir," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa melawat ke Ruang Pameran Skim Jajaran Keretapi ECRL di Pejabat Tanah dan Daerah Seremban 2, dekat sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak.
 


Tambahnya, bagi jajaran ECRL di negeri ini, terdapat dua stesen utama iaitu di Klawang, Jelebu dan kawasan perindustrian Nilai yang akan diintegrasikan dengan stesen baharu Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang terletak berhampiran Nilai 3.

Katanya, jajaran baharu di negeri ini adalah sepanjang 58.87 kilometer,membabitkan dua daerah Nilai dan Jelebu.

Sementara itu, Anthony Loke memberitahu pihaknya menerima 99 peratus maklum balas sokongan terhadap projek ECRL ini di Kelantan.

Katanya, satu peratus yang tidak bersetuju itu membabitkan pengambilan tanah persendirian, namun itu akan diatasi kemudian.

Sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Westports Holdings Sdn Bhd, operator untuk pelabuhan itu akan melabur sebanyak RM39.6 billion untuk…
Berita Domestik
"Projek ECRL telah memasuki fasa baharu pembinaan sejak 2023, dengan kerja-kerja infrastruktur juga…
Informasi
"Proses pengambilan tanah untuk semua laluan utama ECRL di Terengganu telah selesai sepenuhnya…