Pembinaan eskalator di Batu Caves tidak libatkan 272 anak tangga

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Projek pembinaan eskalator di Kuil Hindu Batu Caves tidak akan melibatkan laluan 272 anak tangga ke gua kuil Sri Subramaniar yang menjadi sebahagian daripada tarikan pelancong ke kawasan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kuil Sri Subramaniar Swamy Tan Sri R. Nadarajah berkata sebaliknya, pembinaan projek tersebut akan dilaksanakan di sebelah kanan kaki bukit batu kapur itu menuju ke gua kuil Sri Subramaniar bagi menjaga kecantikan semula jadinya.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

"Boleh sahaja kalau nak percepatkan projek ini kita bina eskalator atas tangga, macam sekarang ada empat laluan tangga kita boleh ambil bahagian kiri dan kanan, tetapi sifat semula jadi Batu Caves itu akan hilang dan ia akan nampak buruk," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata projek itu juga bertujuan meringankan beban penganut warga emas dan kanak-kanak sekali gus mempercepatkan pergerakan mereka ke kuil tersebut.

Pada 19 Jan lepas pengurusan Kuil Hindu Batu Caves dilaporkan akan membina eskalator di kawasan tarikan pelancong berkenaan tahun ini sebagai alternatif kepada 272 anak tangga yang perlu diambil pelawat dan penganut Hindu untuk sampai ke gua kuil Sri Subramaniar.

Nadarajah dilaporkan berkata eskalator itu satu daripada dua projek yang akan dimulakan selepas sambutan Thaipusam nanti bersama dengan pembinaan dewan serbaguna yang menelan belanja kira-kira RM35 juta.

Selain itu, menurutnya Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari telah menyatakan komitmennya untuk melaksanakan projek tersebut dan kesemua pelan berjalan lancar hanya menunggu kelulusan daripada Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar Selangor.

Beliau turut menghargai komitmen ditunjukkan kerajaan yang bersetuju untuk menyalurkan dana pembangunan kepada Jawatankuasa Kuil Subramaniar Swamy bagi pembinaan dewan serbaguna sekali gus melengkapkan projek pembangunan Pusat Kebudayaan India di sini.

"Pusat kebudayaan ini akan menjadi hab bagi orang ramai untuk menyelami dan memahami budaya masyarakat India di Malaysia. Pusat tersebut akan ada gerai makan, pameran kesenian dan muzik serta muzium," katanya sambil menambah dewan tersebut apabila siap mampu memuatkan 3,000 orang dalam satu masa.

Terdahulu, kerajaan bersetuju untuk membantu pihak Jawatankuasa Kuil Subramaniar Swamy, Batu Caves dari segi dana pembangunannya, selain perkara itu turut mendapat persetujuan dalam pertemuan antara Menteri Digital Gobind Singh Deo dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Rabu.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
KTMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelanjutan berkenaan membabitkan lapan perjalanan sedia…
Berita Domestik
Pusat pengedar motosikal Triumph yang bakal dibuka pada Mac 2022 itu terletak di fasiliti Welly…