Pembinaan jalan di CIQ serudong hubungkan Kalabakan dengan Kalimantan hampir siap

oleh Penyumbang Rencana|
Kemudahan jalan raya untuk Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Serudong di Kalabakan kini dalam pembinaan serta hampir siap, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Shahelmey Yahya.

Menteri Kerja Raya Sabah itu berkata, ia adalah fasa pertama dalam langkah penting bagi menghubungkan jalan raya sempadan di Kalabakan, Sabah dengan Kalimantan, Indonesia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Fasa pertama itu membabitkan pembinaan jalan konkrit, melakukan pembersihan tapak dan juga sistem perparitan. Kita sedang menanti fasa kedua," katanya kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Parti Harapan Rakyat Sabah pada Sabtu menurut laporan dari Harian Metro.

Bagaimanapun, beliau kini menunggu laporan terperinci jalan terbabit termasuk yang sedang dibina.

Sebelum ini, Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Andi Muhammad Suryadi Bandy meminta kerajaan menyegerakan pembinaan CIQ Serudong termasuk kemudahan jalan raya susulan pembangunan Kalimantan Timur sebagai ibu negara baharu Indonesia.

Shahelmey juga berkata, sambutan rumah terbuka perayaan yang turut diraikan pelbagai kaum berupaya mengukuhkan perpaduan dan keharmonian di Sabah.

Lebih 3,000 penduduk serta Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni hadir pada majlis itu, yang turut dimeriahkan dengan pelbagai persembahan termasuk tarian singa.

sabah

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata projek berkenaan merupakan pemangkin dalam membangunkan ekonomi kawasan Kalimantan,…
Berita Domestik
"Cadangan untuk pembinaan lapangan terbang baharu di Sabah itu ia jauh dari Kota Kinabalu, saya…
Informasi
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata inisiatif daripada syarikat tambang rendah itu…