Pembinaan lebuhraya tak jamin selesai isu kesesakan - Menteri Kanan 

oleh HEZERI SAMSURI|
Pembinaan lebuhraya baharu tidak akan menjamin ia akan menyelesaikan isu kesesakan jalanraya, ujar Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Kanan Kementerian Kerja Raya (KKR).

KKR sedang meneliti beberapa cadangan dari pihak swasta untuk membangunkan lebuh raya baharu untuk Lembah Klang bagi mengurangkan kesesakan trafik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun begitu Fadilah berkata penambahan lebuh raya tidak akan menjadi penyelesaian sekiranya pertambahan kenderaan semakin meningkat.

Beliau seterusnya berkata kerana itu kerajaan sedang meningkatkan prasarana untuk pengangkutan awam seperti MRT, LRT dan lain-lain lagi untuk kemudahan pengguna.

Imbangan yang dilihat bagus untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas ialah 60 peratus pengguna menggunakan jalan raya dan bakinya menggunakan pengangkutan awam. 

Isu kesesakan jalan raya semakin menjadi-jadi selepas Malaysia mula bangkit dari kekangan Covid-19. Banyak jalan-jalan sekitar Lembah Klang menjadi terlalu sesak walaupun ketika luar waktu puncak.

Juga wujud poin-poin kesesakan baharu di banyak jalan raya yang menyebabkan ramai merungut dan berharapkan agar kerajaan berbuat sesuatu untuk menyelesaikan masalah itu sebelum ia menjadi lebih kronik.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada tahun 2023, aduan jalan berlubang yang diterima berjumlah 5,959 dan berjaya ditampal dalam…
Berita Domestik
Menurut kenyataan itu, pemilihan tarikh pemberian tol percuma berkenaan, yang dipersetujui KKR dan…
Berita Domestik
“Dua minggu lalu, saya melawat ke makmal JKR dan di sana pelbagai ‘pavement’ diuji dengan teknik…