Pembinaan litar lumba Sungai Petani diteruskan pada kos RM20 juta

oleh SALINA JALIL|
Kerajaan Kedah akan meneruskan pembinaan litar lumba di Sungai Petani dekat sini yang masih tidak selesai sejak beberapa tahun lepas.


Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, bagaimanapun pembinaan litar lumba itu akan mengikut rancangan asal dengan kos sedia ada RM20 juta sahaja.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurutnya, pada peringkat awal, kos litar lumba dirancang hanyalah sekitar RM20 juta sebelum meningkat kepada RM73 juta bagi membolehkan litar lumba bertaraf antarabangsa dibina.

 

"Kerajaan negeri sedia meneruskan projek litar lumba, namun hanya mengikut peruntukan sedia ada sebanyak RM20 juta sebagai salah satu solusi kepada aktiviti lumba haram," katanya selepas sesi pembentangan Belanjawan 2021 Kedah di Wisma Darul Aman semalam.

 

Beliau berkata, beberapa prasarana seperti litar perlumbaan lasak pacuan empat roda, litar drag rance, bonded area, litar basikal gunung dan litar motocross akan disiapkan melalui peruntukan itu.

 

"Beberapa infrastruktur lain seperti pusat pameran, sudut pelancaran kenderaan bermotor jenama baharu, kawasan komersial dan pusat jualan juga akan dibina sekitar kawasan itu," katanya.

 

Muhammad Sanusi berkata, setakat ini, fasa pertama pembinaan litar lumba berkenaan telah berjalan melibatkan kerja merata tanah dan sebagainya dengan kos sebanyak RM10 juta.
 

"Litar lumba berkenaan bakal dilengkapi kemudahan trak, prasarana dan ciri-ciri keselamatan, kita lihat ia dapat menangani masalah rempit di jalanan yang berlaku di negeri ini.

 

"Kerajaan negeri yakin infrastruktur litar lumba berkenaan mampu disiapkan, namun mengalu-alukan penglibatan sektor swasta sekiranya peruntukan sedia ada tidak mencukupi," katanya.

 

 

 

SH
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Litar sepanjang 1.8 kilometer yang dijangka menelan kos RM30 juta itu akan mempunyai sembilan…