Pembuat paparan AUO Taiwan beli syarikat komponen automotif Jerman

oleh HEZERI SAMSURI|
Pembuat paparan untuk kenderaan, AUO berhasrat untuk bekerjasama terus dengan syarikat automotif bagi memahami tren semasa untuk paparan dalam kenderaan, demi untuk memastikan ia mampu bersaing dengan syarikat-syarikat dari China.

AUO yang berpengkalan di Taipei, Taiwan itu bersetuju untuk mengambil alih 100 peratus saham syarikat pembuat komponen automotif Jerman, BHTC yang membekalkan komponen ke Audi dan jenama-jenama automotif yang lain.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Pembelian saham bernilai 600 juta Euro akan selesai tahun hadapan, dan menurut Pengerusi AUO, Paul Peng, pembelian itu akan memberikan mereka penyelesaian inovatif untuk pelanggan-pelanggan global dan juga rakan kerjasama mereka.

AUO ialah antara pembuat paparan kenderaan terbesar dunia, dengan produk seperti skrin OLED (organic light-emitting diode) dan pembelian pembekal Tier 1 seperti BHTC akan membantu AUO untuk terbabit dalam projek-projek terbaharu dari Audi, BMW dan Mercedes-Benz.

Menurut Fortune Business Insights, pasaran global untuk skrin sesentuh dan paparan lain di dalam kenderaan akan mencapai nilai US$49.4 bilion menjelang tahun 2030.

Untuk berita penuh, layari Asia Nikkei.