Pembukaan Lebuhraya SPE: Tol percuma sebulan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Bernama
Pemandu kenderaan yang melalui tiga plaza tol utama Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) tidak perlu membayar tol masing-masing selama sebulan mulai Jumaat, bersempena pembukaan penuh lebuh raya itu.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pemberian tol percuma sehingga 11.59 malam pada 2 Dis itu, akan melibatkan Plaza Tol Chan Sow Lin, Plaza Tol Ampang dari Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) menuju ke SPE dan Plaza Tol Setiawangsa (arah selatan dan utara).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Selepas tempoh itu, pengguna akan membayar kadar tol RM3.50 bagi kenderaan kelas satu (kereta)," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pembukaan Lebuhraya SPE, pada Jumaat.

Nanta berkata SPE yang menghubungkan beberapa kawasan di Kuala Lumpur, merupakan projek membabitkan empat seksyen iaitu Kerinchi-Salak (Seksyen 1), Salak-Pandan (Seksyen 2), Pandan-Setiawangsa (Seksyen 3) dan Setiawangsa-Taman Melati (Seksyen 4), melibatkan jarak keseluruhan 20.7 kilometer (km).

Bagaimanapun, sebahagian daripada jajaran lebuh raya berkenaan iaitu Seksyen 4 dengan jarak 4.4km, telah pun dibuka kepada pengguna pada 21 Dis 2021.

"Pembukaan sepenuhnya Lebuhraya SPE ini yang merupakan jalan pintas kepada beberapa lokasi, pastinya akan membawa impak signifikan terhadap usaha kerajaan untuk membantu menyuraikan trafik Kuala Lumpur pada waktu puncak sehingga 30 peratus, selain memperkasa usaha menaik taraf kemudahan infrastruktur untuk keselesaan rakyat setempat.

"Sebagai contoh, tempoh perjalanan pada waktu puncak dari Kerinchi, Petaling Jaya ke Taman Melati, Gombak dan sebaliknya, dijangka hanya mengambil masa 35 minit berbanding satu jam 30 minit dengan laluan sedia ada, sekali gus memanfaatkan kira-kira 100,000 pengguna," katanya.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
“Sehari kira-kira RM19 juta dibayar kerajaan melalui Kementerian Kewangan. Jadi kali ini itulah…
Berita Domestik
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pengecualian tol akan diberikan di…
Berita Domestik
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata bagi mengimbangi perbelanjaan perlu…