Pembukaan semula industri automotif mampu kurangkan kerugian

oleh Mohamad Hanif|
Pembukaan semula sektor automotif yang terangkumi dalam 11 kegiatan ekonomi berkuatkuasa hari ini dapat mengehadkan kerugian melebihi RM14 bilion yang ditanggung industri itu dalam tempoh Jun dan Julai lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, berkata industri automotif tempatan mengalami kerugian besar sejak kilang pengeluaran kenderaan bermotor, pusat pengedaran dan pusat penjualan terutama di Lembah Klang dihentikan sejak 1 Jun 2021.

Katanya, penutupan itu itu tidak hanya mempengaruhi syarikat automotif tetapi juga mempunyai kesan yang lebih luas terhadap keseluruhan ekosistem automotif di seluruh negara.

"MAA mengucapkan terima kasih kepada kerajaan terutama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di atas pengumuman pembukaan semula beberapa aktiviti ekonomi termasuk penjualan dan pengeluaran kenderaan bermotor di negeri yang kini berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN)," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Aishah berkata, penjualan dan pengeluaran kenderaan bermotor bagi tempoh dua setengah bulan terakhir terjejas teruk susulan pelaksanaan sekatan pergerakan.

Berdasarkan statistik terkini, MAA, beliau berkata, jualan bagi tempoh Jun dan Julai, masing-masing hanya 1,921 unit dan 7,086 unit sahaja.

"Yang paling teruk terjejas adalah ahli MAA yang memiliki pusat pengedaran lebih kecil yang pendapatannya hanya bergantung kepada jualan kenderaan baharu.

"Sebahagian besar daripada mereka menghadapi masalah aliran tunai yang teruk dan menghadapi kesukaran untuk mengekalkan pekerjanya terutama penasihat jualan," katanya.

Ketika ini, MAA memiliki sekitar 1,300 ahli di seluruh negara.

Beliau menegaskan, kerugian melebihi RM14 bilion dalam tempoh dua bulan iaitu Jun dan Julai hanya dari penjualan kenderaan di pasaran domestik.

"Ahli kami juga kehilangan pendapatan daripada eksport kenderaan dan komponen, serta jualan alat ganti di dalam negara. Secara keseluruhan, kerugian ini sangat besar dan belum pernah terjadi sebelumnya.

"Adalah sangat melegakan apabila kerajaan membenarkan kami memulakan semula operasi," katanya.

Semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kebenaran operasi untuk 11 aktiviti ekonomi bagi negeri Fasa 1 PPN dalam sektor perdagangan dan pengedaran, berkuat kuasa hari ini.

Perdana Menteri berkata, 11 kegiatan ekonomi sektor perdagangan dan pengedaran yang dibenarkan beroperasi di negeri Fasa 1 ialah kedai cuci kereta, kedai elektrik dan elektronik, kedai barang rumah dan peralatan dapur, kedai perabot dan kedai peralatan sukan.

Selain itu, katanya, turut dibenarkan beroperasi ialah kedai aksesori kereta; pusat pengedaran dan jualan kereta; pasar pagi dan pasar tani; kedai pakaian, fesyen dan aksesori; kedai barang kemas serta kedai gunting rambut dan pusat atau salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja).

Beliau berkata, kemudahan diumumkan itu boleh dilaksanakan di negeri Fasa 1 dan Fasa 2, dengan syarat vaksinasi lengkap penduduk dewasa di negeri berkenaan sudah mencapai sekurang-kurangnya 50 peratus.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Untuk mempromosikan pelaburan automotif ke dalam negara pula, India memberikan insentif cukai dan…
Berita Domestik
Majlis tandatangan itu telah berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (…
Berita Domestik
Terletak di Sime Darby Motors City, akademi tersebut akan menjadi peneraju penting bagi usaha Sime…