Pembuli jalan raya dipenjara lapan bulan, acu pistol tiruan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Kosmo
Tindakan seorang duda menakut-nakutkan pengguna jalan raya dengan mengacu sepucuk pistol tiruan membawa padah apabila dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, pada Isnin.


Tertuduh Low Zhao Yuan, 29, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah sejurus dua pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Mazana Sinin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didapati menakutkan secara jenayah hendak menyebabkan kematian terhadap seorang lelaki berusia 25 tahun, di tepi jalan berhadapan bangunan Melaka Mall, Jalan Lebuh Ayer Keroh, kira-kira pukul 12.17 tengah malam pada 28 April lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau keduanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didapati memiliki satu pucuk pistol tiruan jenama Wingun Patent Super Spot 702 cal 6mm yang mengandungi enam butir peluru.

Justeru dia didakwa mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman maksimum setahun atau denda tidak melebihi RN5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri memohon hukuman setimpal dikenakan dengan mengambil kira tindakan terburu-buru yang diambil oleh tertuduh adalah salah di sisi undang-undang.

Tertuduh yang diwakili peguam James S Thanjong Tuan bagaimanapun merayu hukuman berkenaan diringankan dengan alasan tertuduh hanya bergaji RM2,300 sebulan dengan bekerja di sebuah kedai telefon dan perlu menanggung dua anak serta ibu bapa yang uzur.

Majistret kemudian menetapkan hukuman penjara lapan bulan bagi pertuduhan pertama dan enam bulan bagi pertuduhan kedua.

Mahkamah turut mengarahkan hukuman penjara itu berjalan serentak dari tarikh ditangkap pada 28 april lalu.

Media sebelum ini melaporkan, seorang mekanik berdepan detik cemas selepas diacukan sepucuk pistol di kepalanya oleh pembuli jalan raya dalam kejadian 28 April lalu.

Insiden dikatakan berlaku berikutan tertuduh yang memandu sebuah kereta tidak puas hati apabila mangsa yang menunggang motosikal membunyikan hon kepadanya.

 

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, permohonan reman suspek dibuat di Mahkamah Majistret Sepang bermula pada Selasa hingga…
Berita Domestik
Menurut komen, kejadian tersebut berlaku di laluan Cameron Highlands turun menghala ke Tapah.…
Berita Domestik
  Raub turut berkata, "siasatan mendapati suspek sengaja memberhentikan kenderaan secara mengejut…