Pemegang insurans, takaful diminta rujuk syarat perlindungan banjir - PIAM & MTA

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: NST
Pihak Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) menggesa semua pemegang polisi insurans dan takaful untuk menyemak semula syarat perlindungan polisi mereka.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Ini kerana, perlindungan banjir merupakan satu perlindungan opsyen yang ditawarkan dibawah sijil polisi motor dan kebakaran.

Jika perlu, pemegang polisi dinasihatkan supaya menghubungi pengendali insurans dan takaful masing-masing untuk mendapatkan nasihat dan penjelasan lanjut.

PIAM dan MTA turut menggariskan panduan yang perlu anda turuti sekiranya ingin membuat proses tuntutan seperti berikut:

1. Semak sama ada polisi/sijil anda merangkumi perlindungan terhadap banjir
2. Segera beritahu ejen/perantara serta butiran kerugian.
3. Sediakan maklumat lengkap termasuk dokumentasi sokongan dan gambar berkaitan kepada pengendali takaful/insurans.
4. Bergantung kepada tahap kerugian, pengendali takaful akan melantik seorang pelaras kerugian bebas bagi membantu memfailkan tuntutan.

PIAM dan MTA turut mengingatkan pemegang polisi yang tidak terkesan dengan banjir untuk menyemak kembali perlindungan yang diambil memandangkan bencana alam seperti banjir kilat mungkin berlaku dengan lebih kerap, kesan daripada krisis iklim global.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pakej Rahmah Kenderaan persedirian menampilkan manfaat istimewa termasuklah bantuan kemalangan…
Berita Global
Boleh dikatakan sudah banyak kemudahan pengecasan yang telah disediakan di beberapa lokasi utama…
Informasi
Pakej tersebut merangkumi PerlindunganKu Allianz4All untuk perlindungan Kemalangan Diri dan Allianz…