Pemegang telefon tanpa fungsi penyerap gegaran punca sistem kamera iPhone rosak

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Getaran amplitud tinggi dalam julat frekuensi tertentu, khususnya yang dihasilkan oleh enjin motosikal, boleh menjejaskan prestasi sistem kamera iPhone.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sistem kamera canggih dalam sesetengah model iPhone termasuk teknologi seperti penstabilan imej optikal dan closed-loop autofokus (AF) membantu untuk menangkap foto yang cantik.

Sistem ini berfungsi untuk menangkis pergerakan, getaran dan kesan graviti secara automatik bagi membolehkan kita menumpukan pada pengambilan gambar yang hebat.

Kebiasaannya jika kita secara tidak sengaja menggerakkan telefon semasa mengambil gambar, imej yang terhasil akan menjadi kabur.

 

2

 

Bagi mengatasi masalah tersebut, sesetengah model iPhone dilengkapi penstabilan imej optikal (OIS), dimana ia membolehkan kita mengambil gambar yang tajam walaupun terdapat pergerakan kamera secara tidak sengaja.

Dengan OIS, giroskop mengesan bahawa kamera bergerak. Untuk mengurangkan gerakan imej, dan kabur yang terhasil, kanta akan bergerak mengikut sudut giroskop.

Selain itu, sesetengah model iPhone mempunyai closed-loop autofokus (AF), ia berfungsi untuk menahan kesan graviti dan getaran bagi mengekalkan fokus tajam dalam keadaan pegun, video dan panorama.

Dengan closed-loop AF, penderia magnet pada telefon mengukur kesan graviti dan getaran, sekaligus menentukan kedudukan kanta supaya gerakan imbang boleh ditetapkan dengan tepat.

 

3

 

Walaupun direka dengan ketahanan, pendedahan langsung jangka panjang kepada getaran amplitud tinggi dalam julat frekuensi tertentu boleh menjejaskan prestasi sistem itu, dan menyebabkan kualiti imej yang berkurangan untuk foto dan video.

Tentu sekali, kebiasaanya gegaran tersebut berpunca dari penggunaan pemegang telefon pada motosikal yang tidak mempunyai fungsi untuk menyerap getaran.

Bagi mengatasi masalah itu, anda perlu menggunakan pemegang telefon yang sesuai, di Malaysia, kebanyakan penunggang akan memilih dari jenama Quad Lock.

 

4

 

Jenama Quad Lock sememangnya terkenal sebagai penyelesaian bagi mereka yang ingin meletakkan iPhone pada motosikal, ianya boleh dibeli sama ada secara berasingan atau kit lengkap mengikut jenis telefon.

Untuk pembelian kit lengkap, ianya didatangkan dengan 1 casing telefon dan 1 mount dengan beberapa jenis mengikut hendal motosikal.

Anggaran harga mengikut penjual bagi 1 set kit lengkap bermula dari RM300, manakala tambahan penyerap getaran (Vibration Dampener) bermula dari RM90.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Baru-baru ini tular di laman media sosial harga bagasi tambahan dilihat ada perbezaan mengikut…
Gaya Hidup
Selepas memperkenalkan ciri keselamatan pada model Apple Watch Series 4, Apple kali ini…
Berita Global
Ia membolehkan para pemilik peranti seperti Apple iPhone dan Apple Watch mengunci dan menyahkunci…