Pemenang cabutan bertuah SDM Virtual Grand Finale 2020 bawa pulang BMW G 310 R!

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Motors (SDM) baru-baru ini menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah untuk karnival jualan maya yang dianjurkan pada tahun lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pemenang bertuah yang turut membeli sebuah Jaguar F-Pace 300 PS bersempena karnival itu telah dipilih untuk membawa pulang sebuah BMW G 310 R.

Sime Darby Motors Virtual Grand Finale yang diadakan pada 2 hingga 6 Disember 2020 itu menampilkan jualan kenderaan seperti BMW, MINI, Motorrad, Volvo, Jaguar, Land Rover, Ford, dan Hyundai, serta kereta-kereta premium pra-milik oleh Sime Darby Auto Selection.

Acara penyampaian hadiah tersebut dihadiri oleh Pengarah Urusan Bahagian Runcit dan Pengedaran SDM Malaysia, Jeffrey Gan; Tuan Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan Jaguar Land Rover Malaysia; Vi Thim Juan, Pengarah Urusan Sime Darby Auto Bavaria; Low Yuan Lung, Pengarah Urusan Hyundai Sime Darby Motors; Jeremy Cheong, Prinsipal Pengedar Sime Darby Swedish Auto dan Eric Moo, Pengurus Besar Sime Darby Auto Selection.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terletak di Sime Darby Motors City, akademi tersebut akan menjadi peneraju penting bagi usaha Sime…
Berita Global
PT Performance Motors Indonesia menandakan usaha pertama Sime Darby Motors di Indonesia, sekaligus…
Berita Domestik
Detik bersejarah itu diraikan bersama-sama 1,000 orang pemilik pertama BYD di dalam satu majlis…