Pemenang peraduan ‘Merdeka Pam, Beli & Menang’ BH Petrol diraikan

oleh SALINA JALIL|
Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) telah mengadakan resepsi majlis penyampaian hadiah kepada pemenang peraduan ‘Merdeka Pam, Beli & Menang’ yang telah diadakan dari 15 Ogos sehingga 15 Oktober lalu.


Peraduan ini diadakan sempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-62. Majlis tersebut telah diadakan di Hotel The Royale Chulan Damansara, Petaling Jaya baru-baru ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Enam pemenang Hadiah Utama dengan masing-masing membawa pulang wang tunai bernilai RM62,000, manakala enam pemenang Hadiah Istimewa memenangi wang tunai bernilai RM6,500.

Selain itu 62 pemenang hadiah saguhati telah mendapat wang tunai bernilai RM1,000.

 


Pemenang yang merupakan ahli program BHPetrol eCard secara automatik mendapat mata bonus berjumlah 5,000 hingga 62,000.

 

 

“Berdasarkan bilangan penyertaan yang kami terima, saya yakin promosi ini menarik ramai pelanggan setia dan baru untuk mengisi minyak Infiniti terbaik kami. Kami harap para pemenang gembira dengan hadiah yang dimenangi dan akan terus melanggani stesen BHPetrol. 

 

Sebagai sebuah syarikat korporat, ini merupakan cara kami untuk berterima kasih kepada semua pelanggan yang menyokong dan setia bersama kami,” kata Aziz Majid, Pengurus Operasi Runcit Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol).

 

Untuk menyertai peraduan ‘Merdeka Pam, Beli & Menang’, pelanggan hanya perlu membuat pembelian minimum RM40 untuk minyak dan barangan kedai, dan menjawab dua soalan mudah.

Untuk senarai penuh pemenang, layari www.bhpetrol.com.my.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut sumber yang rapat dengan syarikat itu, Lesli Ng mula bertugas di BHPetrol bermula hari ini…
Berita Domestik
  Sesiapa yang membeli petrol/diesel atau berbelanja di kedai BHPetromart di stesen BHPetrol…
Berita Domestik
Untuk makluman, pengguna layak mendapatkan sekeping baucar tersebut dengan berbelanja minima…