Pemenang Peraduan 'Riang Ria Hari Raya' BHPetrol bawa pulang wang tunai RM220,000

oleh Mohamad Hanif|
Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) hari ini mengadakan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang peraduan 'Riang Ria Hari Raya' yang dianjurkan bermula 1 April hingga 31 Mei 2022.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Peraduan tersebut menyediakan hadiah wang tunai untuk 40 pemenang bertuah:

Hadiah Utama: RM20,000 x 5 pemenang
Hadiah Pertama: RM10,000 x 5 pemenang
Hadiah Kedua: RM5,000 x 10 pemenang
Hadiah Saguhati: RM1,000 x 20 pemenang

Seramai 30 orang pemenang bertuah hadir untuk menerima hadiah wang tunai bernilai sehingga RM220,000 yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol, Ir. Azizul Azily Ahmad bertempat di The Royale Chulan Damansara.

 

Bhp

 

Serentak dengan itu, BHPetrol juga turut menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai RM20,000 kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) yang diwakili oleh Lt. Kol. Azwadi bin Jaminan, Ketua Pegawai Operasi JHEV.

Peraduan yang berlangsung selama dua bulan itu menerima sambutan yang memberangsangkan dari pelanggan BHPetrol di seluruh negara.

Untuk melayakkan diri menyertai peraduan ini, pengguna hanya perlu membuat pembelian minimum RM30 bahan api BHPetrol Infiniti atau pembelian barangan di BHPetromart, dan mengisi borang yang disediakan atau kelayakan automatik menggunakan aplikasi eCard BHPetrol.

Dengan menggunakan aplikasi eCard tersebut, pengguna BHPetrol boleh membuat tebusan mata untuk pelbagai jenis barangan termasuklah pembelian bahan api bernilai RM10 dengan hanya 950 ePoints.

"Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pemenang bertuah hari ini, dan melahirkan rasa penghargaan kepada pelanggan yang telah menyertai peraduan ini.

 

Bhp

 

"Ini merupakan satu cara kami untuk menghargai para pelanggan kami yang telah menyokong jenama kami selama ini. Kami akan berterusan menawarkan pelbagai promosi menarik dan menawarkan perkhidmatan yang cemerlang kepada para pelanggan kami," ujar Azizul.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Program ini telah dirasmikan dengan ucapan oleh Ketua Pegawai Eksekutif BHpetrol, Ir Azizul Azily…
Berita Domestik
Antara yang menjadi cabaran paling utama masa kini ialah kenaikan setiap harga barang di mana ia…
Berita Domestik
Menerusi kerjasama ini, Maxis sebagai penyedia rangkaian akan menyediakan SD-WAN (Software-Defined…