Pemenang reka bentuk stesen RTS Bukit Chagar bawa pulang hadiah RM250,000 diumumkan

oleh SALINA JALIL|
Seorang arkitek daripada syarikat SM Architects Sdn. Bhd. yang berpangkalan di Johor Bahru diumumkan sebagai pemenang reka bentuk stesen Sistem Transit Rapid (RTS) Bukit Chagar.


Chin Yee Chong yang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM250,000 menghasilkan rekaan bertemakan ‘The Integration Of Two’.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp), Datuk Mohd. Zarif Hashim berkata, rekaan moden dan futuristik yang ditampilkan itu hasil inspirasi oleh hubungan sejarah antara Johor Bahru dan Singapura yang bertaut lama dan kini diperkukuh dengan jajaran RTS.

 

“Pertandingan reka bentuk berkenaan adalah cetusan idea Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang merupakan penaung serta pengerusi juri panel pertandingan,” katanya menerusi sidang akhbar yang diadakan secara maya.

 

RTS adalah projek mega yang memulakan kerja pembinaan pada bulan lalu merangkumi laluan sepanjang empat kilometer dan dijangka siap menjelang 2026.

 

Perkhidmatan itu yang mampu membawa seramai 288,000 penumpang sehari turut akan memendekkan perjalanan antara Johor Bahru dan Singapura yang hanya memerlukan masa lima minit untuk perjalanan sehala.

 

 

Sementara itu, Mohd. Zharif berkata, penilaian awam terhadap projek RTS yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura itu menerima sambutan yang memberansangkan.

 

Kata beliau, hampir 10,000 maklum balas telah diterima pihaknya dari seluruh negara sehingga kini.

 

“Program yang dijalankan secara maya disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu bermula sejak 15 Januari lalu sebelum berakhir pada 15 April ini.

 

“Kita akan menganalisa semua maklum balas dan cadangan yang dikemukakan supaya pengguna dapat merasai pengalaman yang terbaik ketika menggunakan perkhidmatan ini,” katanya.

 

 

 

 

– UTUSAN ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada peringkat awal pembinaan projek tersebut, Syarikat Pembinaan Laluan Lintas China di Malaysia…
Informasi
Beliau berkata berdasarkan kemajuan pembinaan setakat 30 Jun lepas, projek pengangkutan awam…
Informasi
  "Pembinaan RTS kini mengikut jadual walaupun berdepan dua kali pertukaran kerajaan dan pandemik…