Pemeriksaan percuma Proton di seluruh negara dan stesen Petronas terpilih - siap hadiah percuma!

oleh HEZERI SAMSURI|
Proton turut menganjurkan kempen servis kenderaan untuk pelanggan mereka. Mulai sekarang sehingga 15 Jun, Proton memberikan pemeriksaan 20-point percuma di kesemua pusat servisnya di seluruh negara.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Pemeriksaan itu termasuk oeprasi pedal brek dan klac, suis-suis, lampu dan penunjuk pada panel instrumen, talipinggang keselamatan, bateri, bilah pengelap cermin, minyak pelincir enjin, cecair penyejuk dan lain-lain.

Untuk memudahkan lagi pelanggannya melakukan pemeriksaan tersebut, terutama mereka yang melakukan perjalaan saat-saat akhir ke arah Utara, Selatan dan Pantai Timur, Proton bekerjasama dengan Petronas di mana pasukan perkhidmatan Proton akan berada di stesen-stesen terpilih Petronas untuk melakukan pemeriksaan tersebut. 

Di bawah ialah senarai stesen Petronas terpilih tersebut.

 

 

Kepada mereka yang menghantar Proton mereka untuk diservis menggunakan minyak pelincir Petronas Syntium SE 3000 dan Syntium SE 800 di mana-mana pusat servis cawangan Proton, mereka layak menerima sekaki payung eksklusif dan satu set pemutar skru jenama Rolston.

Tawaran ini sah sehingga 15 Jun 2018 atau sementara stok masih ada.

 

 

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan PROTON di 1800 888 398 atau e-mel mereka di [email protected]. Pelanggan juga boleh layari www.proton.com atau halaman Facebook rasmi kami di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial. 

Untuk kemudahan tambahan, pelanggan boleh memuat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton, yang boleh didapati melalui Google Play dan Apple App Store.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…