Pemilik bengkel kotor disaman RM2,000

oleh Penyumbang Rencana|
Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuantan berjaya dalam kes pendakwaan selepas pengusaha sebuah bengkel mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas tuduhan menyebabkan pembiakan nyamuk aedes di premis perniagaannya.

 

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, pemilik bengkel itu dikenakan denda sebanyak RM2,000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Fatinah Abu Bakar.

 

Menurutnya, berdasarkan pertuduhan, pemilik bengkel itu didapati melakukan kesalahan pada 21 Julai lalu, jam 10.30 pagi di sebuah kawasan di daerah Kuantan.

 

"Ini adalah kes pertama yang kita dakwa di bawah Seksyen 8 Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975. Sebelum pendakwaan dibuat, amaran sudah dikeluarkan dalam tempoh seminggu bagi tujuan pembersihan premis. Namun pemilik bengkel tersebut tidak mengendahkan amaran itu sehingga menyebabkan satu notis dikeluarkan terhadapnya.

 

"Pemilik premis itu didakwa pada Khamis dan mengaku bersalah seterusnya dikenakan hukuman denda RM2,000 serta pemilik premis itu telah membayar denda terbabit.

 

"Jadi, kita berharap hukuman yang dikenakan itu dapat memberi pengajaran dan iktibar kepada pemilik premis bengkel yang lain bagi kepentingan kesihatan orang awam," katanya pada Jumaat.

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah JPJ Kelantan Mohd Misuari Abdullah berkata, segelintir bengkel dikesan menggunakan modus…
Berita Domestik
Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik digerakkan ke lokasi…
Berita Domestik
"Kebiasaannya bengkel meletakkan kereta rosak di petak parkir yang dikhaskan untuk kedai…