Pemilik Bolt EV tidak dibenarkan masuk lot parkir di San Francisco

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada risiko kebakaran yang melibatkan hampir kesemua model Chevrolet Bolt EV dan Bolt EUV, para pemilik hatchback elektrik itu kini menghadapi masalah baharu - tidak dibenarkan masuk ke dalam lot parkir.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Teslarati, seorang pengguna Reddit (u/scarls13) telah memuat naik sekeping gambar mengenai larangan kemasukan model-model EV Chevrolet (terutama model Bolt EV) ke lot parkir luar di San Francisco.
 

reddit


Sebelum ini, pihak GM telah menyarankan para pemilik Bolt EV supaya tidak mengecas kenderaan mereka melebihi 90 peratus SoC (State of Charge), atau membiarkan kereta terus digunakan dengan jarak tersisa bawah 70 km, selain meletakkan kenderaan di luar fasiliti bagi mengelakkan risiko kebakaran yang lebih teruk.

Malah, produksi Chevrolet Bolt juga terpaksa dihentikan buat sementara waktu disebabkan GM kini tidak lagi mempercayai bateri yang dibuat oleh LG Chem, sehinggalah pengeluar bateri itu tampil dengan solusi untuk menyelesaikan masalah melibatkan ribuan pengguna Bolt EV dan Bolt EUV.

Sumber: Teslarati, Reddit

Berita Berkenaan

Berita Global
Warga tempatan mungkin sudah terbiasa dengan pemandangan tersebut, namun tidak bagi pihak polis.…
Berita Global
Malah, mereka juga terpaksa menghentikan sementara produksi Bolt EV sehingga penyelesaian terhadap…
Berita Global
Dalam satu emel, GM menyarankan pemilik untuk meletakkan kereta di tingkat teratas lot parkir, atau…