Pemilik Elantra N dapat saman sebab ekzos standard kilang 'terlalu bising'

oleh Mohamad Hanif|
Seorang pemilik Hyundai Elantra N di California berdepan dengan tindakan penggantungan pendaftaran kenderaan oleh pihak berkuasa hanya disebabkan oleh bunyi ekzos yang terlalu kuat, walaupun pada hakikatnya Elantra N itu memang standard kilang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan hantaran di laman media sosial Reddit, kisah itu bermula apabila pemilik dengan nama pengguna OkCandidate103 itu ditahan oleh pihak polis.

Difahamkan, beliau memandu sedan Elantra N itu di dalam mod N, di mana pemilihan mod itu meningkatkan tahap bunyi bising ekzos dan turut menghasilkan kesan bunyi letupan semasa pemanduan.
 

N


Sewaktu soal siasat, pemandu itu menjelaskan keretanya masih lagi standard, dan turut mempelawa untuk membuka hud enjin namun pegawai polis itu menolak tawaran tersebut.

Sebaliknya, pegawai polis itu memberitahu pendaftaran kereta itu bakal digantung dan meminta pemilik Elantra N itu untuk 'membuang opsyen trek' walhal kereta itu sememangnya standard tanpa sebarang modifikasi tambahan.

 


Berdasarkan perbualan yang dipetik daripada rakaman dashcam, pegawai itu mendakwa pemilik Elantra N itu perlu membayar ribuan dollar hanya semata-mata untuk membuang opsyen mod litar dari kereta itu, sebelum pendaftaran semula dibuat.

Pemilik itu kemudian membawa keretanya ke pusat California State Referee untuk pemeriksaan, dan berjaya melepasi ujian emisi yang dijalankan.

Namun, silap di sini, pegawai pemeriksa itu meminta pemilik itu melakukan ujian bunyi bising menggunakan mod Sport, bukannya mod Normal yang biasa digunakan berdasarkan standard SAE J1492 yang digunapakai.
 

N


Undang-undang California memerlukan kereta menghasilkan bunyi tidak melebihi had 95 dB, dan ternyata Elantra N itu gagal melepasi ujian tersebut dengan penghasilan bunyi setinggi 98 dB di dalam mod Sport, dan mencecah 102 dB disebabkan oleh bunyi letupan yang terhasil dari ekzos.

Hanya disebabkan kesilapan pegawai itu, Elantra N gagal melepasi ujian dan untuk menguji kembali, pemilik itu perlu menunjukkan bukti pembaikan telah dibuat supaya dapat mematuhi piawaian yang telah ditetapkan - ke atas kereta yang tersedia standard itu.
 

N


Pihak Hyundai turut mengeluarkan surat sokongan yang menyatakan kereta itu standard sepenuhnya sejak dari kilang, namun mereka turut menasihatkan pemilik untuk memasang peredam untuk membantunya lulus ujian.

Dalam pada itu, wakil jurucakap Hyundai memberitahu laman Motor1 bahawa model sedan Elantra N itu halal dijual dan digunakan di jalan raya Amerika Syarikat, dan mematuhi sepenuhnya undang-undang Persekutuan.

Ujarnya, pihak Hyundai turut sedar akan insiden ini dan sedang berusaha untuk membantu pemilik tersebut menyelesaikan masalah itu.

Perit bukan, beli kereta mahal-mahal, tapi langsung tidak dapat dipandu hanya kerana gagal ujian bunyi bising yang dilaksanakan di sana.

Sumber: Reddit, YouTube, Motor1

Berita Berkenaan

Berita Global
Berbanding model terdahulu, Elantra N 2024 membawakan perubahan kecil dari segi kosmetik, diikuti…
Berita Global
Setiap satu model tersebut menampilkan dua varian warna yang berbeza, namun butiran lain seperti…
Berita Global
Jika pembeli tidak berhasrat untuk memenatkan kaki kiri, terdapat versi transmisi klac berkembar…