Pemilik Elantra pandu 1 juta batu dalam masa 5 tahun

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seorang wanita dari Kansas, Amerika Syarikat telah menggunakan Hyundai Elantra milik beliau sehingga mencapai jumlah perbatuan melebihi sejuta batu (1.6 juta km).

Farah Haines sudah memiliki Hyundai Elantra model 2013 ini selama lima tahun. Menurut video Hyundai, Farah suka memandu dan menjadikan pemanduan sebagai kerjaya beliau.

"Saya menghantar alat-alat ganti kenderaan menggunakan Hyundai Elantra ini. Dalam setahun, jarak purata perbatuan saya ialah 200,000 batu (321,868 km)," terang Farah.

 

 

Elantra milik Farah ini masih menggunakan enjin dan kotak transmisi yang sama. Kerana terlalu banyak berjalan, beliau memasang besi pelindung atau "kangaroo bar" di hadapan sebagai pelindung dari binatang yang melintas.

Oleh kerana odometer perbatuan hanya mampu mencapai angkat 999,999, Hyundai menghasilkan lencana "1M" untuk ditampal di dalam panel meter bersebelah dengan odometer itu.

Di samping itu, Farah dihadiahkan sebuah Hyundai baharu untuk menghargai kejayaan beliau itu.

 

 

Lencana 1M ini diberikan khusus untuk pemilik Hyundai yang mempunyai jarak perbatuan melebihi 1 juta batu.

Jika Hyundai anda sudah hampir mencapai 1 juta km, mungkin Hyundai Sime Darby mahu berhubung dengan anda.

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
  Jarak roda Sonata Taxi 70 milimeter (mm) lebih panjang berbanding teksi Sonata New Rise (…
Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…