Pemilik kedai alat ganti kenderaan rugi RM117,480 diperdaya 'pegawai kerajaan'

oleh Penyumbang Rencana|
Seorang pemilik kedai alat ganti kenderaan kerugian RM117,480 selepas terpedaya dengan tawaran untuk membekalkan minyak hidraulik kepada sebuah jabatan kerajaan.

Mangsa berusia lingkungan 50 tahun dikatakan menerima pesanan melalui WhatsApp daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai jabatan kerajaan dengan menawarkan tender membekalkan minyak hidraulik kepada jabatan berkenaan.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda, berkata bagi meyakinkan mangsa, suspek telah menghantar dokumen pesanan kerajaan serta surat setuju terima.

"Namun suspek memberikan nombor telefon pembekal minyak hidraulik yang beralamat di Kota Marudu bagi memudahkan urusan mangsa kerana mendakwa pembekal itu pernah membekalkan minyak hidraulik ke jabatan berkenaan.

"Atas dasar percaya, mangsa telah menghubungi nombor berkenaan dan menempah sebanyak 58 tong minyak hidraulik lalu membuat bayaran deposit berjumlah RM117,480 ke dalam akaun suspek selepas terima invois melalui WhatsApp dan dijanjikan minyak itu akan dihantar terus ke jabatan berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, selepas itu mangsa telah terima tempahan tambahan daripada individu sama lalu rasa curiga.

"Mangsa kemudian membuat semakan dengan jabatan berkenaan tender itu dan dimaklumkan bahawa tender berkenaan tidak wujud.

"Oleh itu, mangsa rasa tertipu dan buat laporan polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Kasim berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu telah terima laporan berkenaan modus operandi yang sama bagi tempoh Januari hingga Jun 2024 sebanyak 10 laporan yang membabitkan kerugian RM662,394.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, apabila wanita itu melaporkan mengenai keadaan kereta berkenaan, penasihat jualan…
Berita Domestik
Beliau berkata mangsa yang berminat dengan tawaran harga itu menghubungi suspek melalui aplikasi…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar, berkata semakan mendapati…