Pemilik mengadu pedal pendikit Tesla Model 3 hampir patah

oleh Mohamad Hanif|
Pedal pendikit merupakan antara perkakasan pemanduan yang sangat kerap digunakan, selain daripada pedal brek, roda stereng dan tuil lampu isyarat membelok.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jadi, sudah pasti ramai pemiliknya yang menganggap komponen tersebut perlulah kuat dan tidak mudah patah dalam apa jua keadaan.

Namun, seorang pemilik Tesla Model 3 Long Range tahun 2021 tidak menyangka pedal pendikit keretanya tidaklah sekukuh yang disangka apabila menyedari komponen tersebut hampir patah.

Bukti gambar tersebut dikongsi dalam laman media sosial Reddit, menunjukkan kolum pedal pendikit yang hampir patah pada bila-bila masa sahaja.

Pemilik tersebut turut mendedahkan yang beliau tidak menekan pedal pendikit tersebut secara kasar, sambil bertanyakan kepada pemilik Model 3 lain sekiranya mereka turut menempuh keadaan yang serupa.

Berdasarkan komen seorang pengguna, pedal pendikit Tesla Model 3 tersebut diperbuat daripada bahan plastik/polimer berongga, tidak sekukuh pedal brek yang diperbuat daripada keluli pejal.

Ini bukanlah satu-satunya kes pedal patah melibatkan kereta Tesla.

Sejak dari tahun 2017 lagi, beberapa pemilik Tesla Model S turut berkongsi gambar bukti pedal pendikit yang patah di laman forum dan media sosial.

Sumber: Reddit