Pemilik Mercedes-AMG One perlu sabar menunggu sehingga 2021 - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Proses transplant sebuah enjin perlumbaan F1 ke dalam sebuah kereta berprestasi tinggi hatta kereta jalanan sekalipun sememangnya satu proses yang amat sukar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Enjin F1 telah dibuktikan sangat tidak sesuai untuk dimuatkan ke dalam ruang enjin kereta jalanan atas beberapa sebab yang telah kami timbulkan sebelum ini, terima kasih kepada penjelasan daripada DriveTribe. 

Namun, entah kenapa Mercedes-AMG masih lagi berdegil dengan kejutan yang bakal mereka bawakan pada Mercedes-AMG One, sebuah hypercar berkuasa 1,000 hp dari enjin F1 1.6 liter dan empat motor elektrik itu.

 


Sehingga kini, masih tiada sebarang kelibat model produksi dikesan di atas jalan raya. 

Nampaknya, anda perlu menunggu dengan lebih lama sekurang-kurangnya tahun 2021, memandangkan laporan daripada laman web automotif Jerman Auto Motor Sport mencadangkan anda perlu bersabar menanti saat itu. 

Laporan itu turut memetik kata-kata daripada sumber dalaman yang mendakwa beliau adalah pakar enjin F1 yang menyebut "Mercedes-AMG memandang rendah terhadap usaha untuk memproduksi massa enjin berkuasa itu."
 


Tambah lagi, setiap daripada unit Mercedes-AMG One sememangnya mendambakan keperluan khas bagi memastikan ia beroperasi dengan baik untuk jalan raya. 

Ini tidak termasuk faktor realibiliti di mana menurut satu laporan, enjin F1 mempunyai jangka hayat sekitar 50,000 km sahaja sebelum ia perlu dihantar kembali ke kilang untuk dibaik pulih. 

Baca: Enjin F1 untuk kereta biasa. Kerja gila?

Kedengaran rumit dan leceh, bukan? 

Hanya 275 unit Mercedes-AMG One akan diproduksikan dengan harga jualan bermula dari $2.7 juta (RM11.31 juta). 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Biarpun bertukar pasukan, beliau tidak membatalkan tempahan untuk model edisi terhad Mercedes-AMG…
Berita Global
Bercakap kepada CarSales, pengarah pembangunan kenderaan Mercedes-AMG Steffen Jastrow menjelaskan…
Berita Global
  Rekod tersebut dibuat pada 28 Oktober 2022 dan menariknya dipandu ke litar pada pukul 5:14:31…