Dibawah akta baharu itu, semua pihak yang terlibat dengan kesalahan itu bakal berdepan hukuman penjara jika didapati bersalah di mahkamah.

Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak berkata, "pindaan yang dicadangkan dalam peringkat awal melibatkan penglibatan dan perundingan dengan pihak berkepentingan."
“Denda itu perlu dinaikkan kerana ramai anak muda secara terang-terangan melanggar undang-undang dan menyertai perlumbaan motosikal haram pada masa kini."

“Mereka mampu membayar denda RM300 dan sebab itu kami mencadangkan untuk menaikkan penalti kepada RM10,000 bagi meningkatkan kesedaran tentang bahaya lumba haram."
“Tambahan pula, ibu bapa yang membenarkan anak menggunakan motosikal untuk lumba haram dan pemilik bengkel yang mengubah suai motosikal juga akan dikenakan kompaun."
Selain itu, kementerian tersebut turut mencadangkan untuk mewujudkan lorong motorsikal di semua jalan negeri dan persekutuan, di bawah rancangan itu juga kementerian mencadangkan untuk mewajibkan sistem ABS bagi semua motosikal 150 cc dan ke atas.
Sumber: New Straits Times